Sinopsis Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin


Sinopsis Geng: Pengembaraan Bermula Upin & Ipin
Jejak kaki yang ganjil dan suara-suara yang ngeri cumalah beberapa daripada apa-apa yang menakutkan para penduduk Kampung Durian Runtuh. Terdapat cerita-cerita bahawa ada seekor makhluk ganas yang berkeliaran di hutan pada waktu malam.
Tiada sesiapa yang berani untuk mencari benda tersebut, sehinggalah Badrol dan Lim yang sedang bercuti di kampung ini, bertembung dengan punca misteri itu sendiri. Sekarang terpulanglah kepada kedua-dua lelaki tersebut bersama rakan-rakan baru mereka: Rajoo yang boleh berkomunikasi dengan haiwan, Ros si jelita kammpung, serta adik-beradik kembar Upin dan Ipin yang nakal, melangkah masuk ke dalam perjalanan yang penuh aksi, kembara dan misteri.
Watak dan Perwatakan
Badrol
Seorang budak yang bersahaja dan gemar bersenang-senang dan bertindak mengikut gerak hati. Badrol sering cuba berlagak macho dan berani. Sewaktu kecil dia berdiam dengan datuknya di kampung sebelum ibu bapanya berpindah bersamanya ke bandaraya. Setelah lama berdiam di kota agak lama, dia makin lupa akan suasana hidup di kampung. Gara-gara suatu pengalaman mengerikan yang tidak diketahui sewaktu dahulu, Badrol merahsiakan rasa takutnya terhadap katak dan kodok.
Lim
Budak yang paling pintar dalam geng dan lebih banyak membuat pertimbangan dan perancangan berbanding yang lain. Dia suka bersiap sedia setiap kali pergi bercuti, tetapi oleh sebab sifatnya yang paranoid, dia kerap membawa alatan yang tidak perlu. Ini juga menjadikan Lim sukar dipisahkan daripada beg galasnya.
Rajoo (Kannan a/l Rajan)
Budak kecil yang cergas, periang, mesra dan jujur. Dia suka bersiar-siar dengan lembu peliharaannya Sapy. Dia gemar menyanyi dan menari ikut rentak muzik. Rajoo mengaku dirinya berkebolehan berkomunikasi dengan haiwan, meskipun yang lain-lain amat meraguinya.
Ros
Dialah yang dilaungkan sebagai gadis paling jelita di kampung tetapi dia tidak selurus yang disangka. Dia perlu membantu neneknya menjual snek sambil mengawasi adik-adiknya yang sering melibatkan diri mereka dalam masalah. Kedegilan adik-adiknya itu sering memarahkannya. Dia gemar menonton drama Melayu lama serta berlakon seperti salah seorang watak drama sedemikian.
Upin dan Ipin (Nur Fathiah Diaz)
Adik-beradik kembar botak yang suka berkeliaran dengan kaki ayam, sambil mencari keseronokan dan keghairahan di mana sahaja mereka ada. Mereka sering ditengking kakak mereka sendiri, Ros, kerana nakal dan degil. Mereka berdua gemar menonton filem aksi dan ke mana mereka pergi mereka tidak lupa membawa pistol mainan. Upinlah yang lebih tua dan ada sehelai rambut pada kepalanya yang menjadikannya bangga kerana lebih tua berbanding Ipin. Sungguhpun begitu, Upin begitu berpelat menyebut bunyi “s”.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

"Kenangan Mengusik Jiwa" ialah episod ke-34, ke-35 dan ke-36 (episod ke-12 mengikut kiraan episod 30 minit) dalam Upin & Ipin musim keenam. Episod ini diterbitkan khas untuk memperingati Seniman Agung P. Ramlee.


PlotSunting

Bahagian 1Sunting


Senimanbujanglapok
Upin, Ipin dan Tok Dalang mengajuk babak dalam filem Seniman Bujang Lapok.
Upin dan Ipin membawa bekalan makanan ke rumah Tok Dalang. Pada masa yang sama, Tok Dalang sedang menikmati filem Pendekar Bujang Lapok yang ditayangkan dalam peti televisyen melalui pemain VHS. Setelah menyedari ketibaan mereka, dia mengajak mereka menonton dan bergelak tawa sekali. Setelah filem tamat, Upin bertanya sama ada Tok Dalang menyimpan banyak lagi filem lama, maka Tok Dalang membuka kabinet TV-nya untuk menunjukkan koleksi kaset video filem P. Ramlee yang sekian lama disimpannya. Upin meminta Tok Dalang memutarkan satu lagi video, maka Tok Dalang dengan senang hatinya menunaikan permintaan itu.

Ipinsarjanhassan
Ipin berlakon sebagai Sarjan Hassan.
Tok Dalang, Upin dan Ipin menikmati satu maraton aneka filem P. Ramlee hingga hampir waktu maghrib. Ketika mereka bergegas pulang kerana penat, Tok Dalang meminta Upin dan Ipin untuk datang semula esok dan mengajak kawan-kawan sekali untuk menonton banyak lagi filem P. Ramlee. Akhir sekali sebelum kembar itu beredar, mereka bertiga tiba-tiba mengajuk satu babak ujibakat dalam filem Seniman Bujang Lapok.

Ehsananakkusazali
Ehsan berlagak sebagai Sazali.
Upin dan Ipin kembali ke rumah sambil ketawa terbahak-bahak, lalu menceritakan pengalaman mereka menonton filem-filem P. Ramlee bersama Tok Dalang tadi. Opah yang sedang menjahit ketayap menanya mereka mengapa mereka tidak mengajaknya sekali, kerana sesungguhnya dia juga peminat setia P. Ramlee. Sebagai pampasan, Ipin meminjam ketayap itu melakonkan semula babak pembukaan Sarjan Hassan yang mana watak utama memperkenalkan dirinya kepada penonton. Ros tertarik dengan gelagat adik-adiknya mengajuk filem P. Ramlee dan menegur mereka supaya mandi dengan mengajuk babak zaman kanak-kanak Hassan dalam filem Sarjan Hassan. Tiba-tiba sahaja, hujan mula turun, maka Opah menyuruh Ros mengangkat kain jemuran ala babak Pendekar Bujang Lapok. Ros menyuruh Upin dan Ipin pula, tetapi diminta upah 20 sen ala filem Bujang Lapok yang pertama.

Sallehrajakapur
Salleh sebagai Raja Kapur.
Keesokan hari. Setelah Upin, Ipin, Ehsan, Fizi, Mail dan Jarjit puas menonton filem demi filem P. Ramlee di rumah Tok Dalang, tiba-tiba Ehsan mula melakonkan watak Sazali dalam Anakku Sazali. Tok Dalang turut serta dalam ajukan itu dengan berlakon sebagai bapa Sazali. Kehebohan di anjung Tok Dalang menarik perhatian Salleh yang menyalah sangka bahawa Ehsan berkasar dengan orang tua. Setelah mendengar penjelasan Tok Dalang, Salleh turut mengaku dirinya sebagai peminat filem P Ramlee dan melakonkan babak Raja Kapur dalam filem Seniman Bujang Lapokbersama Upin.


Bahagian 2Sunting


Ipinanakkusazali
Giliran Ipin menjadi Sazali.
Sekembali mereka di rumah, Upin dan Ipin hendak menceritakan apa yang telah mereka tonton kepada Ros, tetapi kurang ingat. Sebagai ganti, mereka berdua mengajuk watak Sazali dalam Anakku Sazali, membuat Ros dan Opah terhibur dan memuji lakonan mereka. Upin dan Ipin mengulas tentang betapa sedihnya kisah anak yang menderhakai bapanya itu, hingga mereka terlanjur kata "Nasib baik kita tak ada bapa." Kata-kata mereka ditegur oleh Opah yang mengajar mereka supaya hormat kepada ibu bapa (walaupun mereka sudah tiada) dan jangan mencontohi Sazali. Upin dan Ipin berikrar supaya tidak mencontohi Sazali seandainya mereka ada bapa.

Opahmakzaiton
Opah turut berseronok mengajuk filem P. Ramlee.
Seterusnya, Opah memuji P. Ramlee sebagai pelakon yang "hebat orangnya", apatah lagi dia menyukai semua filemnya. Ipin menanya Opah filem mana yang paling disukainya. Teka Kak Ros, filem yang ada babak yang berlagu "Botol dah bunyi" (Bujang Lapok). Jelas Opah, itu filem kegemaran ibu bapa cucu-cucunya (anak dan menantunya), lalu dia mengajuk babak emak Zaiton beradu harta benda dengan emak Sudin (dalam filem yang sama!)

Aiyaciksusanti
"Aiya Susanti..."
Keesokan hari, Upin, Ipin, Mail dan Fizi melakonkan babak bujang-bujang lapok berjumpa dengan dukun di dalam pondok, seperti dalam filem Pendekar Bujang Lapok. Selepas habis mengajuk babak itu, mereka dilawati oleh Mei Mei dan Susanti. Setelah diberitahu apa yang lelaki berempat itu lakukan, gadis berdua yang kebetulan juga meminati P. Ramlee turut beraksi dengan mempersembahkan babak lagu "Apek dan Marjinah (Aiya Cik Siti)" dari filem Ali Baba Bujang Lapok, dan berjaya mencuit hati lelaki berempat.

Ahtongjampi
Niyat ingsun matak aji Semar ngising!
Petang nanti, Tok Dalang mengunjungi gerai Muthu. Ketika itu, Muthu sedang menyanyi lagu tema Madu Tiga. Pada masa yang sama, Ah Tong ada di situ dengan sebuah peti lama. Apabila ditanya oleh Tok Dalang tentang peti itu, jelas Ah Tong, peti itu peti antik yang mungkin menyimpan wang, tetapi kehilangan kuncinya. Setelah memerah otak sejenak, Ah Tong cuba membuka peti itu dengan jampi yang cuba ditirunya dari filem Ali Baba Bujang Lapok. Setelah selesai membacakan jampi "Niyat ingsun matak aji Semar ngising", tiba-tiba terdengar bunyi kuat bagaikan letupan, membuat Tok Dalang dan Ah Tong cepat menyorok di bawah meja dalam ketakutan. Rupa-rupanya tayar sebuah kereta pancit, dan kebetulan pula, kereta itu sedang menumpangkan seorang wajah yang terkemuka!

Bahagian 3Sunting


Azizsattar
Penampilan khas Datuk Aziz Sattar.
Ros meminta Upin dan Ipin membawa bekalan makanan ke gerai Muthu. Sebelum pergi, mereka mengusik kakak mereka dengan ajukan "20 sen". Sementara itu, gerai Muthu dengan penuh terujanya menyambut ketibaan Datuk Azis Sattar, pelakon terkenal yang pernah berlakon di samping arwah P. Ramlee dalam keempat-empat filem Bujang Lapok. Muthu terburu-buru menghulurkan apronnya sambil meminta autograf daripada beliau, tetapi sempat ditegur oleh Tok Dalang atas kekotoran penampilannya, jadi Muthu bergegas pulang ke rumah untuk membersihkan diri.

Azizsattardanahtong
Aziz Sattar 'berkira' dengan Ah Tong.
Setelah Muthu beredar, Ah Tong mengulas bahawa dirinya menggemari filem yang ada dialog "Hidup susah, mati pun susah" (Madu Tiga). Jelas Aziz dengan penuh lawaknya, beliau tidak pernah berlakon dalam filem itu. Apapun, Aziz cuba melakonkan semula babak surat khabar lama dalam Seniman Bujang Lapok bersama Ah Tong. Selepas habis berlakon babak itu, Ah Tong dengan bangganya mengaku dirinya ingat semua filem P. Ramlee. Tok Dalang membalas cakap besarnya dengan mengatakan yang sama baginya, lalu mengajuk babak "silat lempar batu" (Pendekar Bujang Lapok) dengan Aziz.

Sallehpengsan
Salleh pengsan setelah terkejut melihat wajah seorang seniman veteran.
Kemudian, datangnya Salleh yang berpakaian kemas berjalan melewati gerai Muthu. Ah Tong menanya Salleh ke mana dia hendak pergi; jawabnya, dia hendak pergi berjumpa dengan Mat Tahir. Balas Aziz, "Mat Tahir ke mata air?" Barulah Salleh sedar akan kehadiran Aziz Sattar lalu pengsan. Kebetulan pula Upin dan Ipin sampai di gerai, terlihat Salleh terbujur di atas tanah gerai. Aziz Sattar cuba membangunkan semula Salleh dengan jampi "Niyat ingsun matak aji Semar ngising!" (yang diucapkan oleh Ah Tong untuk membuka petinya tadi), tetapi berhasil buat sementara sahaja; sekali pandang sahaja, pemuda itu pengsan semula. Aziz Sattar membuat reaksi dengan mengucapkan sepatah lagi jampi serapah, "rampung ngising, Semar tilem."

Upinipinajis
Upin dan Ipin ragu-ragu sama ada beliau betul-betul Aziz Sattar.
Tok Dalang pun menyambut kedatangan Upin dan Ipin, lantas memperkenalkan mereka kepada Aziz Sattar yang memainkan watak Ajis dalam filem-filem Bujang Lapok yang pernah mereka tonton kelmarin dan semalam, tetapi kembar dua itu menyanggah kerana rupanya yang berusia tidak sama dengan wajahnya yang muda dalam filem. Jelas Ah Tong, filem-filem P. Ramlee itu lama, jadi sudah tentulah beliau tua. Untuk membuktikan dirinya, Aziz melakonkan semula dialog yang pernah diucapkannya dalam Seniman Bujang Lapok: "Walaupun rupamu tidak kukenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hati ku", dan juga persembahannya selaku pengacara pertunjukan peragawati dalam filem Labu dan Labi; ajukan itu berjaya meyakinkan kembar berdua itu.

Autografazizsattar
Muthu dengan bangganya memperlihatkan autograf daripada Datuk Aziz Sattar.
Upin dan Ipin menanya Datuk Aziz di mana P. Ramlee. Jelasnya dengan nada yang sayu, P. Ramlee sudah meninggal dunia "39 tahun lalu", diikuti dengan pujian-pujian kepada arwah selaku "seniman legenda". Pendek kata Tok Dalang, sebab itulah P. Ramlee tidak dilupai orang sampai bila-bila. Ujar Ah Tong, "Tak lekang dek panas, tak lapuk dek hujan". Balas Aziz, "betul, betul, betul". Ipin memuji Datuk Aziz kerana comel, tetapi beliau mengaku dirinya "kelabu asap".
Tayar kereta sudah diganti, maka tiba masa untuk Datuk Aziz Sattar meneruskan perjalanan. Sebelum beliau bertolak, Muthu sempat kembali ke kawasan gerainya untuk mendapatkan autograf daripada beliau. Saat kereta beliau baru beredar, Salleh terjaga dari rebahnya, lantas merengek kerana tidak sempat meminta autograf. Muthu dan yang lain-lain mengambil kesempatan untuk menunjuk-nunjukkan tandatangan pelawak veteran pada apronnya. Dalam kereta, Datuk Aziz memegang sekeping gambar hitam putih P. Ramlee sambil membisikkan ulasan bahawa sahabatnya masih dikenang hingga kini.  

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

"Upin & Ipin Kesayanganku" (tiga bahagian) ialah episod pertama, kedua dan ketiga dalam musim kelapan siri Upin & Ipin. Buat julung kalinya sejak akhir musim ketiga, cerita yang berpecah tiga bertayangan perdana pada hari-hari yang berasingan. Ketiga-tiga episod ini pada mulanya dijadualkan bersiaran pada bulan 22 ke 24 Mac, tetapi ditunda kepada tarikh yang akan diumumkan kelak sempena meratapi kehilangan pesawat MH370. [1] Setelah dua bulan ditunggu, akhirnya episod-episod ini dijadualkan bersiaran pada 28 Mei sempena musim cuti sekolah. Akan tetapi, disebabkan kemangkatan Sultan Azlan Shah dari Perak pada 28 Mei, episod "Upin & Ipin Kesayanganku" ditunda dua hari lagi sebelum akhirnya keluar pada 30 Mei.[2]


PlotSunting

Bahagian 1Sunting


Main2 kemas bilik
Tahu main saja.
Upin dan Ipin disuruh mengemas bilik mereka yang bersepah oleh Kak Ros. Seperti biasa Upin dan Ipin berat hati untuk berbuat demikian, tetapi Kak Ros berjaya memujuk mereka dengan mengugut untuk menyedut mereka dan semua barang mereka sekali dengan vakum dengan nada suara ala penjahat kartun.
Selepas puas mengemas dan memvakum bilik, tidak sempat mereka berehat tiba-tiba suara lantang Kak Ros menyuruh mereka untuk mengemas bilik-bilik yang lain, kecuali bilik Kak Ros kerana dilarang. Apapun, bilik Kak Ros juga bersepah, jadi Upin dan Ipin mengambil kesempatan untuk memerli kakak mereka yang sedang mengemas ruang tamu, dengan ugutan sama seperti yang mereka dengar dahulu.
Di bilik Opah pula hanya sebentar bunyi vakum yang kedengaran, gara-gara bilik itu sudah pun kemas. Maka hanya tinggal satu lagi bilik untuk dikemas, iaitu bilik keempat yang terletak sebelah bilik Upin dan Ipin dan menghadap bilik Opah. Akan tetapi, pintu bilik itu terkunci. Upin dan Ipin menyuruh Kak Ros untuk membuka pintu itu, tetapi Kak Ros berbaring mengiring di atas kerusi panjang, terlena! Sekali lagi diundangnya perlian Upin dan Ipin.

Bilik misteri
Bilik tidur keempat yang baru disedari.
Upin dan Ipin cuba mengejutkan Kak Ros, tetapi tiba-tiba Kak Ros bergolek dan terhulur tangan kirinya yang memegang segugus kunci. Upin dan Ipin mengambil gugusan kunci itu untuk cuba membuka kunci pintu bilik keempat itu. Setelah berjaya, mereka pun masuk untuk melihat-lihat sekitar bilik itu. Di dalamnya ada katil dengan rak-rak buku. Upin mengambil kesempatan untuk tidur sejenak di atas katil itu sementara Ipin terlihat buku yang terjudul "Upin & Ipin Kesayanganku" dalam rak itu, lalu cuba mengambilnya, tetapi sesuatu berlaku.
Tidak lama kemudian, Upin bangun dari lena dengan Ipin di sisinya. Akhirnya Upin dan Ipin disuruh keluar oleh Kak Ros yang baru terjaga. Apabila ditanya semua bilik kemas atau tidak, "dah" jawab mereka. Mereka memulakan gugusan kunci itu kepada Kak Ros yang mamai dan nyata tidak menyedari gelagat adik-adiknya sewaktu dia tidur, tetapi Ipin secara curi menyimpan kunci emas untuk bilik misteri. Ros bersambung tidur, tetapi sebelum itu dia bertanya adakah bilik itu sudah terkunci. "Dah", jawab mereka lagi.

Bahagian 2Sunting


Lawan labah2 cantik
Bukan perlawanan yang disangka-sangka.
Keesokan harinya di tadika, Upin bermain lawan labah-labah dengan Mail. Nama labah-labah masing-masing ialah Kak Ros dan Mail Jam. Baru sahaja Ehsan hendak memulakan permainan, tiba-tiba Mei Mei mencelah untuk menghentikan perlawanan. Jelas Upin, mereka hanya beradu labah-labah cantik. Oleh itu, Mei Mei menurunkan kumbang kura-kuranya ke atas 'gelanggang'. Sayangnya kumbang kura-kura itu gentar dengan kedua-dua lawan besarnya hingga terbang pergi.
Perlawanan tergendala oleh pengumuman ketibaan guru oleh Fizi. Setelah cepat-cepat menyimpan semula labah-labah, Mail mengajak Upin dan Ipin untuk bersambung petang nanti, tetapi Ipin menolak. Bila ditanya oleh Upin, Ipin menjelaskan bahawa ada dia cuba memberitahu Upin sesuatu malam semalam tetapi Upin tertidur.

Pintu rahsia
Rumah kampung pun boleh ada bilik rahsia.
Sekembali ke rumah, Upin dan Ipin memasuki semula bilik misteri. Upin teruja sekali menemui katil yang selesa itu dan melompat-lompat di atasnya, hingga diperli oleh Ipin seperti "beruk berayun". Ipin menunjukkan buku yang bertajuk "Upin dan Ipin Kesayangan" dalam rak buku, lalu meminta Upin untuk mengambilnya. Upin memanjat rak untuk mencapai buku itu, tetapi sebaik menarik keluar buku itu, rak itu berpusing ke dalam dinding dan menyebabkan Upin terjatuh.
Rupa-rupanya itulah yang hendak ditunjukkan oleh Ipin, iaitu satu lagi bilik rahsia yang tersembunyi di sebalik rak buku! Ipin terus mengajak Upin masuk bersama-sama, tetapi Upin enggan kerana takut dengan kegelapan. Apapun, Ipin tetap menyeret abang kembarnya ke dalam.

Opah malu
Kisah yang membuat Opah segan.
Cerita melangkau ke waktu makan malam. Upin dan Ipin berbisik-bisik sambil terkekek-kekek tentang pengalaman mereka di sebalik pintu rahsia, dengan cerita-cerita yang membuat Kak Ros dan Opah tertanya-tanya, lebih-lebih lagi Kak Ros yang terganggu oleh bisik-bisikan itu. Bila ditanya Opah, Upin dan Ipin membalas dengan cerita-cerita aneh mengenai zaman lampau mengenai "Abang Ghani" dengan "Cik Siti" yang perlu mengetuk botol untuk berjumpa. Opah berasa segan terdengar dua nama itu.
Upin dan Ipin bersambung cerita dengan mengajukan kepada Kak Ros mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang "garang" dan lebih nakal daripada mereka, hingga pernah tercedera sewaktu naik basikal. Ros pun rasa malu terdengarnya.

Bahagian 3Sunting


Opah curi dengar
Opah mencuri dengar.
Keesokan harinya, Upin dan Ipin sekali lagi bermain di bilik hingga bersepah. Sekali lagi mereka dikejutkan oleh Kak Ros, tetapi kali ini dia tidak berniat untuk menyuruh-nyuruh mereka, sebaliknya ingin bertanya baik-baik mengenai "budak perempuan garang" yang diceritakan semalam, sama ada itukah Kak Ros sendiri. Seperti yang dijangka, Upin dan Ipin mengiya dengan nada sinis.
Perbualan mereka menarik perhatian Opah yang berjalan lalu. Kehadirannya segera disedari oleh cucu-cucunya yang mengajaknya untuk turut bersembang mengenai "Abang Ghani", tetapi Opah menunjukkan rasa segan dan beredar dengan polos. Tetapi Opah kembali mencuri dengar perbualan itu, tetapi sekali lagi disedari. Selepas Opah akhirnya menjauh, Upin dan Ipin meminta Kak Ros supaya tidak memarahi mereka sampai bila-bila jika hendak mengetahui rahsia itu.

Mana pergi budak2 ni
Mana pergi budak-budak ni?
Akhirnya Upin dan Ipin membawa Kak Ros ke bilik misteri. Ipin mengeluarkan kunci bilik itu lalu Kak Ros meninggikan suara. Dengan segera Upin dan Ipin melafazkan janji itu, maka Kak Ros memperlahankan suara. Sebaik sahaja mereka masuk, Kak Ros cuba memasang lampu tetapi suisnya rosak. Kemudian dia terlihat katil yang tidak kemas lalu hendak menengking, tetapi Upin dan Ipin cepat memesankan janji tadi.
Kak Ros terus membuka tingkap untuk menerangkan bilik lalu mengemaskan katil, tetapi pada masa yang sama Upin dan Ipin menghilang. Kak Ros dengan rasa bimbang memanggil mereka. Dia dibalas dengan suara Upin dan Ipin memanggil "Akak" berkali-kali, tetapi kelibat mereka langsung tidak kelihatan. Sedar-sedar mereka menyorok di balik rak buku, Kak Ros menolak adik-adiknya ke tepi bergegas ke bilik rahsia. Ini disusuli dengan tangisan teresak-esak dalam bilik.

Kak ros menangis
Kak Ros meratapi ibu bapa yang dikasihi.
Ros menangis-nangis hingga senja, duduk di atas katil bersama adik-adiknya sambil memegang buku bertajuk "Ros Puteriku" kerana meratapi isi buku tinggalan arwah ibu bapa mereka bertiga yang menyayat hati. Raungannya menarik perhatian Opah yang tertanya-tanya mengapa begitu. Jelas Ipin, Kak Ros menangis setelah terbaca buku itu. Ros dengan sebak menanya Opah mengapa merahsiakan buku itu. Jawab Opah, dia ingin memberitahu tetapi perlu menunggu masa yang sesuai.

Upin ipin baju abah
Upin dan Ipin bercita-cita menjadi askar, sama macam abah.
Opah menyuruh cucu-cucunya ke tepi untuk mengambil peti di bawah katil. Dia membuka peti tersebut untuk menunjukkan pakaian seragam askar arwah bapa Ros Upin dan Ipin, siap dengan topi dan lencana bertulis "Abdul Salam". Jelas Opah, bilik ini dirahsiakan kerana tidak mahu perkara zaman silam didedahkan terlalu awal sehingga semua barang pusaka di dalamnya diancam kecurian.
Upin mengambil baju seragam itu sambil melafazkan cita-cita untuk menjadi askar seperti bapa mereka, "berjasa kepada negara". Ipin menurut kata kembarnya sambil memakai topi askar hingga tertutup mata. Memandangkan rahsia bilik sudah terdedah, Opah mengizinkan cucu-cucunya untuk menggunakan bilik ini. Akhir sekali, Ros, Upin dan Ipin meminta supaya diceritakan kisah Siti dan Ghani; sekali lagi Opah menangguh.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS



Seronoknya Membaca


Bahagian 1
Mei Mei dan Upin bergilir-gilir membacakan cerita Arnab dan Kura-kura kepada seluruh bilik darjah mengikut buku cerita, diikuti Mail yang begitu kecoh, berpura-pura sudah baca tetapi mereka-reka kesudahan cerita. Ijat dipanggil untuk menyambung cerita, tapi masih tak pandai membaca.
Bahagian 2
Ipin diminta untuk mehghabiskan cerita, selepas itu murid-murid menghayati pengajaran dari kisah arnab dan kura-kura. Sebuah perpustakaan bergerak dipandu ke tadika untuk menyemarakkan lagi minat membaca. Sayangnya, Ijat terpaksa mengambil kelas tambahan dari Cikgu Jasmin untuk belajar membaca.
Bahagian 3
Setiap murid meminjam sebuah buku dari perpustakaan bergerak. Waktu bermain, Upin, Ipin dan kawan-kawan membincangkan buku yang dipinjam. Mei Mei bermegah rajin membaca buku tanpa gambar, tetapi apabila mencuba buku yang dipinjam Ipin tak boleh pula. Rupa-rupanya tulisan Jawi, Tok Dalang bacakan untuk semua.
Advertisement

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS



Upin & Ipin


Hasil gambar untuk sinopsis upin ipin































Upin dan Ipin adalah sebuah film animasi anak-anak yang dirilis pada 14 September 2007 di Malaysia dan disiarkan di TV9. Film ini diproduksi oleh Les' Copaque. Awalnya film ini bertujuan untuk mendidik anak-anak agar lebih menghayati bulan Ramadan. Kini, Upin & Ipin sudah memiliki delapan musim tayang. Di Indonesia, Upin & Ipin hadir di MNCTV. Di Turki, Upin & Ipin disiarkan di Hilal TV. Film ini berdurasi 5-7 menit setiap episodenya. Kartun ini tayang setiap hari di TV9 pukul 16.30 dan di MNCTV tayang setiap hari pukul 16.30 WIB. Atas keberhasilannya menarik hati penonton setempat, Upin & Ipin dinobatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai "Animasi Paling Terkenal" pada tahun 2011.[1]

    Asal-mula

    Pada awalnya Upin & Ipin termasuk sebagai gagasan dari film Geng: Pengembaraan Bermula, Upin & Ipin dibuat oleh Mohd. Nizam Abdul Razak, Mohd. Safwan Abdul Karim, dan Usamah Zaid, para pemilik Les' Copaque. Ketiganya merupakan bekas mahasiswa dari Multimedia University Malaysia yang awalnya bekerja sebagai pekerja di sebuah organisasi animasi sebelum akhirnya bertemu dengan bekas pedagang minyak dan gas, Haji Burhanuddin Radzi dan istrinya bernama H. Ainon Ariff pada tahun 2005, lalu membuka organisasi Les' Copaque.[2]
    Awalnya, Upin & Ipin ditayangkan khusus untuk menyambut Ramadan pada tahun 2007 untuk mendidik anak-anak mengenai arti dan kepentingan dari bulan suci Ramadan. Kata Safwan, "Kami memulai seri animasi empat menit ini untuk menguji penerimaan pasar lokal serta mengukur bagaimana reaksi pada kemampuan penceritaan kami."[3] Sambutan meriah terhadap kartun pendek ini mendorong Les' Copaque agar menerbitkan satu musim lagi menyambut bulan Ramadan yang seterusnya.
    Nizam percaya bahwa aspek kebudayaan Malaysia yang berlatarkan sebagai sebuah kampung yang sederhana pasti dapat menarik minat pasar internasional. Seperti pada kartun animasi Doraemon asal Jepang yang laris di seluruh dunia meskipun berlatarkan budaya setempat dan bukannya budaya internasional.[3] Dan juga, reputasi Les' Copaque sebagai organisasi dikenal sejak terbentuknya popularitas Upin & Ipin yang bukan saja di Malaysia, namun juga di beberapa negara lain yang meng-import kartun ini khususnya Indonesia.
    Proses animasi Upin & Ipin (dan juga film Geng) menggunakan perangkat lunak CGI Autodesk Maya. [4] Di sebuah konferensi pers perangkat lunak animasi pada tahun 2009, Ketua Perancang Les' Copaque, Fuad Md. Din memberitahukan, "Salah satu tujuan kami memilih kartun ini adalah karena proses pembuatannya cukup mudah. Lagipula kami sudah berpengalaman dalam membuatnya sebelum ini."[5]
    Pada tahun 2009, Nizam, Safwan, dan Anas meninggalkan Les' Copaque untuk mendirikan sebuah studio animasi yang baru, yaitu Animonsta Studios, namun seri animasi Upin & Ipin masih tetap diteruskan di bawah pimpinan Haji Burhanuddin sebagai direktur.[6]

    Latar

    Upin dan Ipin merupakan sepasang kakak-beradik kembar berusia belia yang tinggal bersama Kak Ros dan Mak Uda (biasa dipanggil Opah) di Kampung Durian Runtuh setelah kematian kedua orangtua mereka sewaktu masih bayi. Upin dan Ipin bersekolah di Tadika Mesra yang terletak dalam kawasan kampung, di mana mereka berteman dengan banyak teman yang bermacam-macam tingkah lakunya, seperti Mei Mei yang imut dan berkepribadian cerdas, Jarjit Singh yang gemar membuat humor dan membuat pantun, Ehsan yang cerewet dan suka makan, Fizi (sepupu Ehsan) yang penuh keyakinan diri tetapi suka mengejek orang lain, dan Mail yang berkemampuan untuk berjualan, suka melamun dan mengantuk karena ia berjualan ayam semalaman dan pandai berhitung. Kampung Durian Runtuh juga didatangi oleh seorang gadis bernama Susanti yang merupakan pindahan dari Jakarta, Indonesia.






























    Dari musim ke-3

    Selain DVD, merek Upin & Ipin juga terjual dalam bentuk cenderamata,[8] termasuk pakaian, perlengkapan sekolah, sampul angpao, gantungan kunci dan juga gambar seprai. Sayangnya, barang-barang Upin & Ipin tidak terlepas dari gejala pelanggaran hak cipta dan barang tiruan[9]; tetapi karena adanya penegak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Urusan Penjualan Malaysia untuk memantau dan mengurangi kegiatan haram tersebut.[10]

    Rekaman musik

    Pada tahun 2011, Les' Copaque dan perusahaan rekaman Nova Music menerbitkan album lagu Idul Fitri Seronoknya Raya Bersama Upin & Ipin yang menampilkan nyanyian Asyiela Putri Azhar sebagai pengisi suara Upin dan Ipin.[11] Pada pertengahan tahun 2012, Asyiela berduet bersama Najwa Latif untuk rekaman lagu "Terima Kasih Cikgu" untuk menyambut Hari Guru dan episode "Terima Kasih Cikgu".

    Komik

    Pada bulan Desember 2009, Komik Upin & Ipin diterbitkan sebulan sekali untuk pemasaran seluruh Malaysia, diterbitkan oleh Nyla Sdn Bhd.[12] Isi halaman komik ini terdiri dari cuplikan tayangan kartun Upin & Ipin dan film Geng: Pengembaraan Bermula, profil pengisi suara dan kru di balik tayangan kartun Upin & Ipin, halaman pembelajaran dan aktivitas, dan sebagainya.

    Permainan video dan aplikasi

    Les' Copaque Production membuka sebuah bagian pembangunan permainan, LC Game Develpment Inc. Sdn Bhd untuk mengeluarkan permainan elektronik Upin & Ipin. LC Game Development Inc. telah menghasilkan dua permainan mini untuk pengguna iOS, yaitu Pocket Ipin (2010), Pocket Upin (2012) dan Upin & Ipin Dash (2012).
    Pada sekitar Maret 2011, dilaporkan bahwa Les' Copaque sedang membuat permainan komputer Upin & Ipin.[13] Pada Oktober tahun yang sama, diumumkan pula bahwa dua permainan Upin & Ipin yang terpisah sedang dibuat.[14]

    Musikal

    Pementasan teater Upin & Ipin the Musical yang menggunakan pelakon hidup diselenggarakan pertama kalinya pada 14 April hingga 6 Mei 2012 di Istana Budaya.[15] Dalam pementasan ini, karakter Upin dan Ipin diperankan oleh dua pasangan pelakon yang berbeda, yaitu Faris Azim Abdul Karim dan Amir Johar Nadim, Joshry Adamme Rizq Arish Khairul Fazril dan Muhamad Faritz Danial Roshaimi.

    Sambutan dan pengaruh

    Kartun Upin & Ipin berpengaruh di wilayah Nusantara, khususnya di Malaysia dan Indonesia. Musim pertamanya yang diperkenalkan kepada khalayak umum sewaktu musim Ramadan 2007 bukan saja disambut hangat oleh penonton, bahkan juga memberikan penghargaan pertamanya sebagai "Animasi Terbaik" di Festival Film Internasional Kuala Lumpur yang ditargetkan pada tahun yang sama.[16]
    Ketika musim keduanya disiarkan pada musim Ramadan 2008, dilaporkan sejumlah 1.5 juta penonton menonton kartun animasi ini di TV9[17], menjadikannya seri kartun kedua penonton terbanyak di dunia pertelevisian Malaysia setelah Doraemon (1.6 juta orang), tetapi di atas kartun SpongeBob SquarePants (800,000 orang).[2] Kelarisan kartun Upin & Ipin juga dipercayai menjadi penyebab kejayaan film animasi CGI pertama Malaysia, Geng: Pengembaraan Bermula (2009) yang juga diterbitkan oleh Les' Copaque dan menampilkan karakter Upin dan Ipin, yang mencapai pendapatan kotor yang cemerlang yaitu RM 6.31 juta selama tujuh minggu di bioskop, menjadikannya film yang paling spektakuler dalam sejarah perfilman Malaysia.[2]
    Ketika musim ketiga disiarkan pada musim libur sekolah akhir tahun 2009, pihak TV9 melaporkan bahwa kartun Upin & Ipin mencatat 1.6 juta penonton, menjadikannya rancangan kedua penonton terbanyak di saluran tersebut, mengalahkan film Geng yang menikmati tayangan perdana di stasiun televisi dengan 2.45 juta penonton (TVR 12.8).[18]
    Indonesia menjadi pasar ekspor utama untuk seri kartun Upin & Ipin. Pada tahun 2009, pihak TPI selaku penyiarnya melaporkan TVR sebanyak 10.5 persen.[19] Penggarapan Upin & Ipin di Indonesia ditandai oleh pujian dari kritikus di Indonesia, misalnya Fadil Abidin dari koran Analisa yang mengomentari bahwa kartun ini mengandung pendidikan serta unsur Islam, seperti menghormati sesama kawan yang berbeda kaum dan agama sehingga watak-wataknya bukan saja terdiri dari orang Melayu, Cina dan Tamil, bahkan juga orang Indonesia.[20]
    Bahkan untuk sambutan perayaan Hindu Nyepi di Bali pada Maret 2010, tersiar kabar tentang gambar patung ogoh-ogoh yang dilaporkan menyerupai Upin & Ipin. Pembuatan ogoh-ogoh berupa Upin dan Ipin ini dilaporkan menelan biaya 4 juta rupiah[21]
    Facebook mengumumkan dalam hasil penelitian Memologi bahwa halaman Upin & Ipin merupakan halaman watak fiksi yang paling terkenal di Facebook seluruh dunia sepanjang tahun 2011.[22] Pada tahun 2012, Upin & Ipin merupakan kata pencarian kunci yang paling sering digunakan oleh pengguna Google Malaysia dalam kategori Tayangan TV menurut Google Zeitgeist.[23]
    Pada 7 Maret 2013, UNICEF cabang Malaysia memilih karakter Upin dan Ipin sebagai Duta UNICEF Malaysia, dengan harapan "dapat membantu memperjuangkan hak dan kesejahteraan anak-anak".[24]

    • Digg
    • Del.icio.us
    • StumbleUpon
    • Reddit
    • RSS