"Upin & Ipin Kesayanganku" (tiga bahagian) ialah episod pertama, kedua dan ketiga dalam musim kelapan siri Upin & Ipin.
Buat julung kalinya sejak akhir musim ketiga, cerita yang berpecah tiga
bertayangan perdana pada hari-hari yang berasingan.
Ketiga-tiga episod ini pada mulanya dijadualkan bersiaran pada bulan 22
ke 24 Mac, tetapi ditunda kepada tarikh yang akan diumumkan kelak
sempena meratapi kehilangan pesawat MH370. [1]
Setelah dua bulan ditunggu, akhirnya episod-episod ini dijadualkan
bersiaran pada 28 Mei sempena musim cuti sekolah. Akan tetapi,
disebabkan kemangkatan Sultan Azlan Shah dari Perak pada 28 Mei, episod
"Upin & Ipin Kesayanganku" ditunda dua hari lagi sebelum akhirnya
keluar pada 30 Mei.[2]
Plot
Sunting
Bahagian 1
Sunting

Tahu main saja.
Selepas puas mengemas dan memvakum bilik, tidak sempat mereka berehat tiba-tiba suara lantang Kak Ros menyuruh mereka untuk mengemas bilik-bilik yang lain, kecuali bilik Kak Ros kerana dilarang. Apapun, bilik Kak Ros juga bersepah, jadi Upin dan Ipin mengambil kesempatan untuk memerli kakak mereka yang sedang mengemas ruang tamu, dengan ugutan sama seperti yang mereka dengar dahulu.
Di bilik Opah pula hanya sebentar bunyi vakum yang kedengaran, gara-gara bilik itu sudah pun kemas. Maka hanya tinggal satu lagi bilik untuk dikemas, iaitu bilik keempat yang terletak sebelah bilik Upin dan Ipin dan menghadap bilik Opah. Akan tetapi, pintu bilik itu terkunci. Upin dan Ipin menyuruh Kak Ros untuk membuka pintu itu, tetapi Kak Ros berbaring mengiring di atas kerusi panjang, terlena! Sekali lagi diundangnya perlian Upin dan Ipin.

Bilik tidur keempat yang baru disedari.
Tidak lama kemudian, Upin bangun dari lena dengan Ipin di sisinya. Akhirnya Upin dan Ipin disuruh keluar oleh Kak Ros yang baru terjaga. Apabila ditanya semua bilik kemas atau tidak, "dah" jawab mereka. Mereka memulakan gugusan kunci itu kepada Kak Ros yang mamai dan nyata tidak menyedari gelagat adik-adiknya sewaktu dia tidur, tetapi Ipin secara curi menyimpan kunci emas untuk bilik misteri. Ros bersambung tidur, tetapi sebelum itu dia bertanya adakah bilik itu sudah terkunci. "Dah", jawab mereka lagi.
Bahagian 2
Sunting

Bukan perlawanan yang disangka-sangka.
Perlawanan tergendala oleh pengumuman ketibaan guru oleh Fizi. Setelah cepat-cepat menyimpan semula labah-labah, Mail mengajak Upin dan Ipin untuk bersambung petang nanti, tetapi Ipin menolak. Bila ditanya oleh Upin, Ipin menjelaskan bahawa ada dia cuba memberitahu Upin sesuatu malam semalam tetapi Upin tertidur.

Rumah kampung pun boleh ada bilik rahsia.
Rupa-rupanya itulah yang hendak ditunjukkan oleh Ipin, iaitu satu lagi bilik rahsia yang tersembunyi di sebalik rak buku! Ipin terus mengajak Upin masuk bersama-sama, tetapi Upin enggan kerana takut dengan kegelapan. Apapun, Ipin tetap menyeret abang kembarnya ke dalam.

Kisah yang membuat Opah segan.
Upin dan Ipin bersambung cerita dengan mengajukan kepada Kak Ros mengenai seorang kanak-kanak perempuan yang "garang" dan lebih nakal daripada mereka, hingga pernah tercedera sewaktu naik basikal. Ros pun rasa malu terdengarnya.
Bahagian 3
Sunting

Opah mencuri dengar.
Perbualan mereka menarik perhatian Opah yang berjalan lalu. Kehadirannya segera disedari oleh cucu-cucunya yang mengajaknya untuk turut bersembang mengenai "Abang Ghani", tetapi Opah menunjukkan rasa segan dan beredar dengan polos. Tetapi Opah kembali mencuri dengar perbualan itu, tetapi sekali lagi disedari. Selepas Opah akhirnya menjauh, Upin dan Ipin meminta Kak Ros supaya tidak memarahi mereka sampai bila-bila jika hendak mengetahui rahsia itu.

Mana pergi budak-budak ni?
Kak Ros terus membuka tingkap untuk menerangkan bilik lalu mengemaskan katil, tetapi pada masa yang sama Upin dan Ipin menghilang. Kak Ros dengan rasa bimbang memanggil mereka. Dia dibalas dengan suara Upin dan Ipin memanggil "Akak" berkali-kali, tetapi kelibat mereka langsung tidak kelihatan. Sedar-sedar mereka menyorok di balik rak buku, Kak Ros menolak adik-adiknya ke tepi bergegas ke bilik rahsia. Ini disusuli dengan tangisan teresak-esak dalam bilik.

Kak Ros meratapi ibu bapa yang dikasihi.

Upin dan Ipin bercita-cita menjadi askar, sama macam abah.
Upin mengambil baju seragam itu sambil melafazkan cita-cita untuk menjadi askar seperti bapa mereka, "berjasa kepada negara". Ipin menurut kata kembarnya sambil memakai topi askar hingga tertutup mata. Memandangkan rahsia bilik sudah terdedah, Opah mengizinkan cucu-cucunya untuk menggunakan bilik ini. Akhir sekali, Ros, Upin dan Ipin meminta supaya diceritakan kisah Siti dan Ghani; sekali lagi Opah menangguh.
0 komentar:
Posting Komentar